Egy Maulana Sedar Timnas Indonesia Sudah Jatuh Banyak Kali
Dunia
Egy Maulana Vikri
Advertisements

Penyerang muda pasukan kebangsaan Indonesia, Egy Maulana Vikri dilihat mempamerkan kegembiraan dan keterujaannya setelah menyaksikan pasukan berbakat Indonesia berjaya meraih tempat kedua dalam saingan Piala AFF kali ini.

Pemain yang berkelana di luar negara bersama pasukan FK Senica ini menjadi antara pemain yang sering menjadi igauan buat pemain lawan sungguhpun seringkali masuk sebagai pemain gantian.

Namun begitu, impak yang diberikan oleh pemain berusia 21 tahun ini jelas menjadi aset terbesar buat pasukan Garuda ini apabila beliau mencatat nama selaku penjaring di pentas akhir kedua malam semalam.

Advertisements

Bukan itu sahaja, kemasukan pemain yang berasal dari Medan, Indonesia ini pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Singapura menjadi watak penting pasukan apabila kemasukan beliau terus menutup peluang pasukan lawan menerusi satu jaringan selepas perlawanan diheret ke masa tambahan.

Namun begitu, menerusi satu hantaran di laman Instagram beliau, Egy memuat naik satu gambar yang mempamerkan beliau sedang meraikan kejayaan atas kerja keras berpasukan setelah berhempas pulas sebelum ditundukkan oleh Thailand.

Namun begitu, menerusi kapsyen pada gambar tersebut, beliau menyatakan keinginan dan semangatnya untuk terus membantu negara tercintanya.

Advertisements

’Pemenang sejati ialah dia yang tidak pernah berhenti berusaha meskipun jatuh berulang kali.’

Beliau merupakan antara prospek muda terbaik yang dimiliki pasukan Indonesia setelah mengembangkan sayap kariernya ke luar negara pada usia yang cukup muda.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram