Ejen Faisal Halim Bersuara Mengenai Perpindahan Faisal Halim Ke Korea
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Hari ini, bola sepak Malaysia kecoh apabila pemain sayap Selangor, Faisal Halim dikaitkan dengan perpindahan ke Korea Selatan. Dan beberapa jam selepas cerita ini didedahkan oleh Astro Arena, ejennya, Joe Berbatov mengulas tentang perpindahan terbabit.

Beliau hanya mengulangciap cerita perpindahan tersebut yang dibawa wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dengan ayat ini, “Show me the offer first (Tunjukkan kepada saya tawaran terlebih dahulu).”

Kenyataan ringkas tetapi tegas dari Joe Berbatov ini menunjukkan beliau mahu memastikan tawaran yang dinyatakan itu benar-benar wujud dan memberi manfaat kepada Faisal. Ini kerana beliau tidak mahu ulangan kisah R. Kogileswaran terjadi kepada bekas pemain sayap Terengganu itu.

Advertisements

Semua sedia maklum sejak berpindah ke Chungbuk Cheongju pada Januari lepas, Kogileswaran hanya membuat satu penampilan bersama mereka musim ini. Dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada tahun hadapan, Joe Berbatov tidak mahu Faisal tercicir daripada Harimau Malaya kerana gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan baru.

Sebelum ini, dalam video temubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom dengan ejen bola sepak Leo Jeong, Faisal dikatakan diintai dua kelab K-League 1, Incheon United dan Suwon Samsung Bluewings.

Sekiranya perpindahan ini benar-benar terjadi, Faisal bakal menyertai di bawah kuota pemain Asia dalam tetingkap kedua perpindahan K-League Julai ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram