Liga Super
Zamsaham / IG Joe_Berbatov
Advertisements

Baru-baru ini telah kecoh di media berkenaan dengan pembayaran gaji yang tidak penuh kepada pemain Kelantan FC namun segalanya telah pun dijawab oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham.

Namun terdapat cerita lain yang timbul disebalik berita penahanan gaji pemain Kelantan FC itu. Ejen kepada bekas pemain Kelantan FC, Nik Akif Syahiran iaitu Joe Berbatov memberi peringatan buat Zamsaham.

Joe dalam satu komen di Facebook rasmi Zamsaham menasihati pemilik kelab itu untuk patuh kepada arahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu pihak kelab membayar sejumlah RM 33,000 kepada dua bekas pemain Kelantan FC.

Advertisements

Jika tidak diselesaikan, Kelantan FC dikhuatiri tidak dapat membawa masuk pemain baharu menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang dijangka dibuka pada 5 Julai depan.

“Selesaikan dahulu arahan FAM bayar RM 33,000 dekat Nik Akif (kini bersama Penang FC) dan Shahrul Nizam (kini bersama Terengganu FC). Takut kena transfer ban. Kesian fans harap ada player baru nak masuk,” luah Joe di ruangan komen Facebook.

Screenshot 2023 06 07 135044 Ejen Nik Akif Beri Peringatan Buat Zamsaham
Komen yang ditinggalkan Joe di ruangan komen Facebook Zamsaham.

Kelantan FC kini berada di tangga tercorot Liga Super selepas hanya mengutip 4 mata selepas 13 perlawanan yang diharungi. Bukan sahaja itu, Kelantan FC kini merupakan pasukan paling banyak dibolosi iaitu sebanyak 47 gol.

Advertisements

Dijangkakan akan ada rombakan pemain yang bakal berlaku pada jendela perpindahan kedua nanti dengan ejen kepada jurulatih Frank Bernhardt dikatakan sedia membantu membawa masuk pemain import berkualiti buat Kelantan FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram