Elkan Baggott Tolak Panggilan Indonesia, Utamakan Tugas Bersama Gillingham
Dunia
Gillingham FC
Advertisements

Pertahanan kental timnas Indonesia, Elkan Baggott dilaporkan tidak akan beraksi bersmaa skuad Sang Garuda di Piala AFF kali ini.

Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini pernah dipujuk oleh ketua jurulatih, Shin Tae-yong untuk pulang bagi membantu pasukan telah memilih untuk bertindak sebaliknya.

Hal ini susulan Gillingham FC yang kini sedang menempuh jadual yang sangat padat dan memerlukan kudrat pemain kelahiran England ini untuk membawa cabaran pasukan.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatihnya, Neil Harris, beliau sememangnya memberi kebebasan kepada Baggott untuk membuat keputusan.

Harris berkata: “Saya akan sentiasa menyokong pemain saya dengan apa yang mereka mahu lakukan, terutamanya apabila ada peluang untuk bermain di hadapan orang ramai dan Elkan membuat keputusan bahawa dia mahu kekal, dia disokong sepenuhnya oleh Ipswich dan juga kami.”

Advertisements

“Jika Elkan mahu pergi, kami di Ipswich akan menyokongnya dan memahaminya juga, tetapi Elkan membuat keputusan sendiri bahawa ia adalah satu keistimewaan mutlak untuk dipanggil oleh negara anda.”

“Saat ini mungkin lebih baik untuk beliau kekal dan bermain seberapa banyak perlawanan yang beliau boleh pada tahap ini,” jelasnya.

Advertisements

Elkan difahamkan memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu pasukan yang berada pada divisyen kedua liga ketika ini apabila beraksi 17 daripada 20 perlawanan secara keseluruhan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram