Ads
Emile Smith Rowe Makin Hampir Sertai Fulham
Transfer
Arsenal

Pemain tengah Arsenal yang berdarah Malaysia, Emile Smith Rowe semakin hampir menyertai satu lagi kelab London, Fulham.

Advertisements

BBC Sport melaporkan perpindahan pemain tengah berusia 24 tahun itu semakin hampir direalisasikan apabila The Cottagers bersetuju membayar yuran perpindahan £35 juta (RM208 juta).

Advertisements

Ini bakal menjadikan Smith Rowe pemain termahal beraksi di Craven Cottage. Sebelum ini, rekod itu dipegang Jean Michael Seri dengan yuran perpindahan £27 juta (RM160 juta) pada 2018.

Advertisements
Advertisements

Smith Rowe merupakan graduan akademi Arsenal dan menjadi antara pemain kegemaran penyokong di Stadium Emirates. Walau bagaimanapun, beliau semakin tersisih dalam perancangan pengurus The Gunners, Mikel Arteta.

Ini kerana pengurus Sepanyol itu memiliki Gabriel Martinelli, Bukayo Saka dan Leandro Trossard sebagai pilihan selain Smith Rowe. Selain Fulham, Crystal Palace juga dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Yuran perpindahan Smith Rowe dijangka digunakan untuk membiayai aktiviti perpindahan Arsenal. Ini kerana kelab itu dilaporkan mahu mendapatkan pemain tengah Real Sociedad, Mikel Merino.

Sebelum itu, The Gunners mengesahkan perpindahan bintang muda Itali, Riccardo Calafiori dari Bologna dengan yuran perpindahan £36 juta (RM214 juta).

Advertisements

Sepanjang bersama Arsenal, Smith Rowe telah merekodkan 115 penampilan, 18 gol dan 13 bantuan gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram