Empat ‘Wonderkid’ Eropah Perkuat Skuad Bawah 23 Tahun Thailand
Dunia
Suengchitthawon
Advertisements

Pasukan bawah 23 tahun Thailand hari ini telah mengumumkan senarai 27 orang pemain yang dipanggil bagi menghadapi kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun yang berlangsung di Mongolia.

Thailand yang diundi dalam kumpulan J bersama-sama pasukan Harimau Malaya dan juga dua lagi pasukan iaitu Laos dan Mongolia telah membuat keputusan untuk menghantar barisan terbaik mereka dalam usaha untuk meraih keputusan yang positif.

Daripada senarai yang diumumkan, terdapat kira-kira empat orang pemain yang berkelana di Eropah menjadi pilihan barisan kejurulatihan mereka untuk membawa cabaran Thailand.

Advertisements

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Persatuan Bola Sepak Thailand, antara nama besar yang dipanggil termasuklah bintang muda yang beraksi di Leicester City di Liga Perdana Inggeris (EPL), Thanawat Suengchittawon.

Beliau merupakan satu-satunya prospek muda terbaik yang dimiliki Thailand sehingga berjaya untuk menempa nama di liga nombor 1 dunia itu.

Pemain berusia 20 tahun itu beraksi bersama skuad bawah 23 tahun Leicester City musim ini telah beraksi sebanyak 3 perlawanan. Dengan kebolehan bermain di mana-mana posisi tengah, beliau telah berjaya menghasilkan 1 bantuan gol dalam semua kejohanan.

Advertisements

Seterusnya, antara prospek muda yang sedang meningkat naik ialah Ben Davis. Pemain berusia 20 tahun itu yang baru sahaja menandatangani kontrak 2 tahun bersama kelab divisyen satu, Oxford United merupakan antara perancang tengah berbakat yang dimiliki oleh pasukan Gajah Perang itu.

Beliau yang sebelum ini beraksi buat pasukan Singapura bawah 19 tahun memilih untuk mewakili Thailand bawah 23 tahun dan sudah pun beraksi sebanyak 2 perlawanan iaitu ketika menentang Iran dan Arab Saudi.

Selain itu, di barisan pertahanan pula, Thailand menagih khidmat dan pengalaman yang dimiliki oleh Jonathan Khemdee bagi mengemudi pasukan.

Advertisements

Pemain yang beraksi di Liga Denmark bersama Odense BK memiliki ketinggian yang sangat ideal untuk beraksi di posisi pertahanan tengah.

Pemain keempat yang bakal mempertaruhkan pengalaman di Eropah ialah Owen Chaplin Buaphit. Pemain tersebut sedang beraksi di Liga Belgium bersama Sint-Truidense.

Pengalaman dan pendedahan di pentas bola sepak yang kompetitif pastinya menjadi tonik terbaik buat mereka untuk mempamerkan prestasi cemerlang bersama Thailand.

Advertisements

Ini juga bakal menjadi satu panggilan penting buat barisan pemain Brad Maloney untuk terus berusaha dengan gigih bagi membendung lawan yang bakal dipertemukan dalam satu kumpulan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram