Nama bintang muda Brazil, Endrick mula mencuri perhatian ramai peminat bola sepak dunia dengan aksi menakjubkan ketika aksi persahabatan baru-baru ini.
Skuad kebangsaan Brazil baru-baru ini mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas England di Wembley hasil jaringan pemain berusia 17 tahun ini ketika permainan berbali 10 minit lagi untuk dimainkan.
Malah, pemain kelab Palmeiras itu turut menjaringkan satu gol ketika seri 3-3 menentang Sepanyol di Santiago Bernabue pada Khamis.
Dua gol berturut-turut dalam dua penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil ini sekaligus melakar sejarah baru buat pemain muda apabila memecahkan rekod yang dipegang oleh pemain legenda, Pele pada tahun 1957.
Menurut statistik yang dimuatnaik oleh Madrid Xtra, sebelum ini hanya Pele sahaja yang berjaya menjaringkan dua gol berturut-turut buat Brazil ketika berusia bawah 18 tahun.
“Hanya dua pemain dalam sejarah pasukan kebangsaan Brazil telah menjaringkan gol dalam 2 perlawanan berturut-turut di bawah umur 18 tahun iaitu Pelé pada tahun 1957 dan Endrick pada tahun 2024,” tulis Madrid Xtra di laman X.
Namun begitu, dengan dua gol ketika menentang England dan Sepanyol, Endrick berjaya memecah rekod berusia 67 tahun itu dan meletakkan namanya sebaris pemain legenda tersebut.
Kejayaan Endrick ini membuka mata ramai pihak apabila menganggap bintang muda ini merupakan jelmaan Pele yang akan membantu Selecao menjulang lebih banyak kejayaan selepas ini.