Advertising
EPL: Arsenal Bedil Man City Sampai Lunyai
MakanBola
Arsenal FC

Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini menyaksikan Arsenal mencatat kemenangan selesa ke atas Man City di gelanggang sendiri.

Setelah merekodkan 5 perlawanan tanpa kalah, Arsenal kini bakal berdepan ujian getir di laman sendiri apabila melayani kunjungan juara bertahan, Man City yang tewaskan Chelsea minggu lalu.

Mikel Arteta menampilkan barisan terkuat Arsenal dengan kehadiran pemain muda, Lewis-Skelly manakala Man City pula menurunkan bintang Mesir, Omar Marmoush bersama Erling Haaland.

Ad

Seawal minit kedua, tuan rumah berada di hadapan menerusi ketua pasukan, Martin Odegaard yang menyambut hantaran Kai Havertz sebelum menewaskan Stefan Ortega di pintu gol Man City.

Peluang Arsenal menambah jaringan tiba tidak lama selepas itu namun percubaan penyerang berbisa, Kai Havertz sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol tatkala hanya perlu tewaskan Ortega.

Ad
Ad

Savinho pula hampir menyamakan kedudukan buat Man City di penghujung permainan sebelum tendangan pemain sayap ini berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang Arsenal, David Raya.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Arsenal 1-0 Man City.

Kembali dari rehat, Man City berjaya meledak gol penyamaan hasil tandukan peledak utama, Erling Haaland yang dari jarak dekat ketika aksi di babak kedua baru memasuki 10 minit.

Seminit kemudian, rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh Thomas Partey meletakkan Arsenal kembali di hadapan sekaligus menceriakan puluhan ribu peminat yang datang di venue.

Gawang City bocor lagi buat kali ketiga menerusi percubaan pertahanan kiri berusia 18 tahun, Myles Lewis-Skelly yang membuatkan Arsenal selesa memimpin permainan dengan dua gol.

Kai Havertz menambah derita buat Man City dengan gol ke-4 sebelum Ethan Nwaneri melengkapkan malam yang gemilang buat Arsenal dengan 1 lagi jaringan tambahan ketika di masa kecederaan.

Aksi di Stadium Emirates berakhir dengan keputusan 5-1 memihak Arsenal.

Selepas ini, Arsenal akan mengalihkan fokus kepada aksi EFL Cup menentang Newcastle United pada 6 Februari ini sambil Man City akan bertemu Leyton Orient bagi saingan FA Cup.