EPL: Arsenal Belasah West Ham Tanpa Belas Kasihan
EPL
Arsenal
Advertisements

Arsenal mencatat kemenangan bergaya menewaskan West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium London hari ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta yang turun dengan barisan terbaik bermula garang pada babak pertama perlawanan apabila berjaya meledak sebanyak empat jaringan.

William Saliba, Bukayo Saka, Gabriel Magalhaes dan Leandro Trossard masing-masing mencatat nama sebagai penjaring pada aksi separuh masa pertama untuk membawa bekalan selesa buat Arsenal sebelum menuju ke bilik persalinan.

Advertisements

Keghairahan Arsenal mencipta jaringan berterusan pada babak kedua permainan.

Pada minit ke-63 permainan, Bukayo Saka sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring untuk gol kelima pasukan selepas memanfaatkan hantaran daripada Odegaard.

Biarpun beraksi di laman sendiri, anak buah David Moyes terus dihukum dengan jaringan keenam Arsenal kali ini menerusi Declan Rice. Jaringan Declan Rice itu sekaligus menutup malam gemilang Arsenal.

Advertisements

West Ham tewas, Arsenal 6-0 West Ham.

Arsenal kini menghuni tangga ketiga dengan 56 mata berjaya diraih selepas 24 perlawanan, berkongsi mata bersama Man City yang menduduki kedudukan kedua. West Ham pula berada ditangga kelapan dalam saingan liga dengan kesuluruhan 36 mata diraih pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram