Arsenal kembali melakar kemenangan setelah menewaskan Nottingham Forest 3-0 di laman sendiri bagi aksi Premier League.
Skuad kendalian Mikel Arteta sebelum ini terikat seri 1-1 menentang Chelsea selain tewas kepada Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Nottingham Forest pula merekodkan kekalahan ketiga musim ini setelah menang 5 aksi dan 4 kali seri dalam 12 perlawanan liga.
Arteta menurunkan barisan pemain hebat seperti Martin Odeegard, Jorginho, Bukayo Saka, Gabriel Jesus dan Leandro Trossard dalam menggempur benteng pertahanan Forest.
Nuno Espirito Santos pula memberi kepercayaan kepada gandingan Callum Hudson Odoi dan Anthony Elanga dibahagian sayap pasukan.
Bukayo Saka membuka tirai jaringan untuk Arsenal pada minit ke-15 setelah berjaya menyempurnakan bola hantaran Odegaard.
Beberapa siri percubaan dihasilkan oleh barisan serangan Arsenal namun gagal menambah jaringan sehingga tamat aksi separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, giliran Thomas Partey meledak gol untuk Arsenal setelah menerima bola hantara Bukayo Saka pada minit ke-52.
Pemain muda Arsenal, Ethan Nwaneri melengkapkan kemenangan bergaya The Gunners apabila menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-86.
Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Arsenal menerusi jaringan 3-0 ke atas Nottingham Forest.
Kemenangan ini menyaksikan Arsenal melonjak ke tangga ke-4 liga dengan mengumpul 22 mata dalam 12 perlawanan manakala Forest jatuh ke tangga ke-6 liga dengan 19 mata ketika ini.
Arsenal seterusnya akan menentang Sporting Lisbon pada 27 November ini bagi aksi Liga Juara-Juara Eropah manakala Nottingham Forest akan melawan Ipswich Town bagi aksi Premier League.