EPL

EPL: Arsenal Ikat Manchester City Penuh Drama

Arsenal Manchester City EPL: Arsenal Ikat Manchester City Penuh Drama
Manchester City FC

Arsenal memerlukan gol di lewat aksi untuk bangkit mengikat Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang penuh drama pada awal pagi Isnin.

Advertisement

Perlawanan tumpuan EPL minggu ini menyaksikan pendahulu carta liga, Arsenal bangkit dua kali untuk mengikat Manchester City 2-2 ketika mana berlaku kontroversi yang mencuri perhatian peminat.

Kelibat David Raya kembali dalam kesebelasan utama Arsenal selepas alami kecederaan ketika aksi lalu manakala trio Erling Haaland, Jeremy Doku dan Iliman Ndiaye mengetuai serangan Manchester City.

Pelawat terlebih dahulu memimpin perlawanan pada minit ke-34 apabila gerakan solo Josko Gvardiol dari sebelah kiri disudahkan oleh ayam tambatan, Erling Haaland menerusi percubaan cantik kaki kanan.

Keceriaan itu tidak bertahan lama ketika mana Arsenal berjaya bangkit mengikat kedudukan 1-1 selang 6 minit kemudian hasil tandukan kencang yang menewaskan penjaga gol City, Gianluigi Donnarumma.

Babak kedua bersambung dengan positif buat Manchester City yang kembali mendahului aksi selepas Enzo Fernandez pantas menyambar lorongan tepat daripada Ayyoub Bouaddi di minit ke-48.

Usaha tanpa henti tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-83 apabila Jurrien Timber menampan bola dari sepakan penjuru untuk menceriakan puluhan ribu penyokong Arsenal di stadium.

Jaringan tersebut sempat menjadi kontroversi apabila pengadil terpaksa membuat semakan kerana timbul dakwaan mengenai tangan pertahanan Arsenal itu sebelum akhirnya gol itu diterima.

Satu lagi kontroversi berlaku di penghujung aksi apabila pelawat mendakwa bola tandukan Josko Gvardiol terkena tangan Viktor Gyokeres di hadapan gawang Arsenal, sekali gus menghalang gol terhasil.

Semakan VAR sempat dilakukan tidak lama selepas itu, namun walaupun video ulangan jelas memaparkan bola terkena tangan, pengadil tidak memberikan hukuman dan sebaliknya meneruskan aksi hingga tamat.

Pertarungan di Stadium Emirates berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...