EPL: Arsenal ‘Tanduk’ Chelsea
MakanBola
Arsenal FC

Arsenal kembali melebar jurang mata di tangga teratas carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menumbangkan musuh setempat, Chelsea 2-1 dalam aksi di Stadium Emirates

Gol pertama diperoleh oleh Arsenal menerusi situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol ketika sepakan penjuru sebelum William Saliba menanduk masuk ke gawang Chelsea di minit ke-21.

Sebelum rehat, Chelsea berhasil menyamakan kedudukan 1-1 apabila pemain The Gunners, Piero Hincapie tertanduk bola ke gawang sendiri berpunca daripada sepakan sudut Reece James.

Jurrien Timber pada minit ke-66 meletakkan Arsenal kembali di depan apabila tandukannya gagal untuk diselamatkan oleh Robert Sanchez sekali gus menceriakan peminat tuan rumah.

Malang buat Chelsea apabila Pedro Neto dilayangkan kad kuning kedua selang 4 minit kemudian yang membuatkan usaha The Blues untuk memburu gol penyamaan tampak semakin sukar.

Aksi tamat dengan keputusan 2-1 memihak Arsenal dan membantu anak didik Mikel Arteta melebarkan jurang di tangga teratas EPL dengan 5 mata selain miliki kelebihan satu perlawanan.