EPL: Bunga Api Rai Kemenangan Manchester United Benam Ipswich
MakanBola
Manchester United

Manchester United memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mengatasi Ipswich pada malam kemerdekaan Malaysia.

Kemenangan 5-1 dilakar oleh Manchester United ke atas Ipswich selepas anak didik Michael Carrick tumbang dalam aksi pembukaan EPL minggu lalu di tangan Hull City dengan Bruno Fernandes melakar hatrik di laman sendiri.

Ipswich terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-29 menerusi percubaan Leif Davis yang menerima hantaran daripada Abdul Fatawu bagi jaringan pertama perlawanan ketika mana rakyat Malaysia menanti malam ambang kemerdekaan.

5 minit sebelum rehat, tuan rumah kembali mengikat kedudukan 1-1 setelah Matheus Cunha memanfaatkan kesilapan pemain Ipswich sebelum memberi hantaran lolos yang disempurnakan oleh kapten Manchester United, Bruno Fernandes.

Penyokong Manchester United bersorak ceria apabila pertahanan Ipswich, Jacob Greaves tertampan bola percubaan Harry Maguire pada minit ke-56 bagi menewaskan penjaga gol lawan, Kjelk Scherpen buat kali yang kedua.

Dua gol daripada Bruno Fernandes dalam tempoh 7 minit (minit ke-61 dan 68) berjaya melengkapkan hatrik buat pemain kebangsaan Portugal ini serta memberikan kelebihan selesa untuk Manchester United dengsn kedudukan 4-1.

Bryan Mbeumo juga tidak melepaskan peluang bagi mengukir nama selaku penjaring dengan jaringan ke-5 pada minit ke-82 setelah menerima hantaran berkualiti daripada Bruno Fernandes sekali gus menewaskan Kjell Scherpen sekali lagi.

Penyerang gantian, Chuba Akpom berjaya menjaringkan gol kedua Ipswich Town di penghujung aksi, namun jaringan tersebut tidak mampu mengubah keputusan permainan dengan Manchester United meraih 3 mata di halaman sendiri.

Kemenangan besar 5-2 ini sungguh penting kepada Manchester United bagi menghambat kedudukan liga, selain menghadiahkan kegembiraan buat para peminat The Red Devils di Malaysia yang meraikan sambutan kemerdekaan sambil menonton aksi ini.