Chelsea dan Liverpool terpaksa akur terikat seri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu
Keputusan seri 1-1 menyaksikan Chelsea terus hampa untuk meraih kemenangan dalam 7 perlawanan EPL sementara itu Liverpool pula terlepas peluang untuk bangkit dari kekalahan minggu lalu.
Kesebelasa utama Liverpool tampak kurang sempurna tanpa kehadiran tonggak, Mo Salah pada aksi kali ini sementara itu Chelsea menurunkan Filip Jorgensen bagi mengemudi pintu gol pasukan.
Jaringan pembukaan berjaya dihasilkan oleh pemain tengah Liverpool, Ryan Gravenberch menerusi percubaan kencang yang terus menerjah ke jaring gol Chelsea seawal minit ke-6 permainan.
Enggan mengalah, pelawat meningkatkan usaha dan berjaya menjaringkan gol penyamaan di minit ke-35 hasil tendangan bebas yang gagal ditepis oleh penjaga gol Liverpool, Giorgi Mamardashvili.
Impian Chelsea dan Liverpool menambah jaringan kedua selepas itu tidak membuahkan hasil selepas kedua-dua pasukan terus buntu untuk mencari jalan menembusi pintu gol lawan.
Aksi di Anfield berakhir dengan keputusan seri 1-1 sekali gus hanya memberikan satu mata buat Chelsea dan juga Liverpool.