Advertising
EPL: Chelsea Nyaris Tumbang Di Tangan Bournemouth
MakanBola
Chelsea FC
Sponsors

Chelsea perlu berterima kasih kepada gol lewat Reece James yang membantu untuk mengikat Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Rabu.

Setelah mengharungi 4 aksi liga tanpa kemenangan, Chelsea turun ke laman sendiri bagi menanti kunjungan Bournemouth yang ketika ini masih belum tewas dalam 9 perlawanan lalu.

Ad

Gandingan Cole Palmer dan Nicolas Jackson terus menjadi tunjang penting serangan Chelsea sementara kesebelasan utama Bournemouth diketuai oleh tonggak tengah, Lewis Cook.

Ad

Babak pertama perlawanan menyaksikan tuan rumah ceria apabila mendahului 1-0 menerusi jaringan Cole Pamer yang menyudahkan hantaran daripada Jackson seawal minit ke-13.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Chelsea 1-0 Bournemouth.

Ad

Kembali dari bilik persalinan, Bournemouth kembali mengikat kedudukan setelah dihadiahkan sepakan penalti dan tugasan itu disempurnakan oleh Justin Kluivert 5 minit bersambung babak kedua.

Pada minit ke-68, kem Chelsea dikejutkan dengan jaringan kedua pelawat menerusi rembatan dari dalam kotak penalti oleh Antoine Semenyo untuk Bournemouth memimpin aksi.

Walau bagaimanapun, Reece James hadir bagai wira Chelsea dengan gol di lewat permainan hasil sepakan percuma yang menewaskan Mark Travers dan menceriakan penyokong tuan rumah.

Pertarungan di Stamford Bridge berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Selepas ini, Chelsea dijadualkan melayani kunjungan sebuah lagi pasukan, Wolves tatkala Bournemouth akan menentang Newcastle United di St. James Park pada tanggal 18 Januari akan datang.