EPL: Chelsea Tamatkan Derita Panjang Tewaskan Bournemouth
EPL
Chelsea FC
Advertisements

Selepas lama tidak merasai nikmat kemenangan, Chelsea akhirnya mampu tersenyum semula. Ini selepas anak-anak buah Frank Lampard mengalahkan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality hari ini.

Blues yang kali terakhir meraih kemenangan dalam liga pada 11 Mac lepas amat berharap perlawanan kali ini menamatkan badi kekalahan yang menyelubungi mereka. Justeru, sebaik sepak mula, Chelsea mula mengasak tuan rumah bagi mendapatkan gol pembukaan.

Usaha mereka berhasil apabila pemain tengah England, Conor Gallagher meletakkan Blues di hadapan pada minit kesembilan. Bagaimanapun, keceriaan pasukan pelawat tidak bertahan lama apabila Matias Vina menyamakan kedudukan pada minit ke-21.

Advertisements

Dari situ, Cherries melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas kubu Blues. Tetapi ketangkasan penjaga gol Kepa Arrizabalaga dan barisan pertahanan pelawat memastikan kedudukan 1-1 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan beberapa keputusan pengadil kurang disenangi penyokong Cherries. Ini termasuk rayuan mereka mendapatkan penalti ditolak pembantu pengadil video (VAR) selepas Thiago Silva didakwa menjatuhkan Dominic Solanke pada minit ke-68.

Sebaliknya, Chelsea pula mendahului menerusi bekas bek tengah AS Monaco, Benoit Badiashile pada minit ke-82. Pemain pinjaman Atletico Madrid, Joao Felix memastikan kemenangan Blues menerusi gol ketiga beberapa minit selepas itu.

Advertisements

Kemenangan itu memastikan Chelsea tidak diheret ke pertarungan mengelak penyingkiran daripada EPL dengan koleksi 42 mata. Sementara Bournemouth pula kekal di tangga ke-14 dengan 39 mata.

Kemenangan ini bukan sekadar kemenangan pertama Chelsea dalam tempoh dua bulan. Ia juga merupakan kemenangan Lampard sebagai pengurus interim pasukan selepas tujuh perlawanan.

Selepas ini, Chelsea bakal menentang satu lagi kelab yang diancam penyingkiran, Nottingham Forest pada 13 Mei. Manakala Bournemouth pula ke Selhurst Park menentang Crystal Palace pada hari yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram