EPL: Everton Beli Bek Kiri Ukraine Vitaliy Mykolenko
Dunia
DeFodi Images/Getty Images
Advertisements

Everton membuat pembelian pertama dalam pasaran perpindahan Januari dengan membawa masuk Vitaliy Mykolenko dari Dynamo Kiev. Terma perpindahan termasuk yuran perpindahan tidak didedahkan. Bek kiri berusia 22 tahun itu memeterai kontrak empat setengah tahun dengan Toffees.

Walaupun berusia 22 tahun, Mykolenko telah membuat 21 penampilan bersama Ukraine. Malah, beliau turut membantu pasukan itu mara ke suku akhir EURO 2020. Selain boleh beraksi di beki kiri, Mykolenko juga boleh beraksi sebagai bek tengah atau bek sayap kiri.

Pengurus Rafa Benitez amat terdesak untuk memperkukuh skuadnya bagi menghadapi baki saingan EPL. Pengurus Sepanyol itu berharap dapat membawa masuk seorang lagi bek kanan sebagai sokongan kepada kapten Seamus Coleman. Bagaimanapun, keutamaan Rafa dalam jendela perpindahan ini ialah mengeluarkan pemain yang disisihkan daripada pasukan utama seperti Jonjoe Kenny dan Cenk Tosun.

Advertisements

Mykolenko dibawa masuk sebagai bek kiri baru pasukan menggantikan Lucas Digne. Ini selepas bek kiri Perancis itu tiada persefahaman dengan Benitez walaupun beliau merupakan satu-satunya bek kiri tulen di Goodison Park. Digne kini dikaitkan dengan perpindahan ke Brighton dan Chelsea. Dengan Chelsea memerlukan bek kiri baru untuk mengisi slot sokongan Marcos Alonso, kelihatan Stamford Bridge sebagai destinasi pilihan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram