Advertising
EPL: Everton ‘Rantai’ Man City
MakanBola
Manchester City
Sponsors

Man City terus buntu menamatkan kemarau kemenangan dalam lima perlawanan apabila diikat Everton 1-1 di Stadium Etihad.

Selepas tewas 2-1 kepada Aston Villa pada 21 Disember lalu, City perlu bangkit jika ingin merapatkan jurang dengan Nottingham Forest yang menduduki tangga keempat.

Ad

Everton pula mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan. Ini termasuk kemenangan besar 4-0 ke atas Wolverhampton Wanderers.

Ad

Jurulatih The Citizens, Pep Guardiola tetap mengekalkan Erling Haaland sebagai peledak utama. Pengendali The Toffees, Sean Dyche pula memilih Dominic Calvert-Lewin untuk mengetuai jentera serangan mereka.

Ad

Josko Gvardiol hampir meletakkan City di hadapan seawal minit ketiga. Gawang pelawat yang dikawal penjaga gol England, Jordan Pickford terselamat apabila tandukan pemain pertahanan Croatia itu terkena tiang.

Ad

Penyokong City ceria apabila kapten, Bernardo Silva meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-14. Pemain perancang Portugal itu mudah menolak hantaran Jeremy Doku melepasi Pickford.

Ad

Silva hampir menggandakan kelebihan The Citizens 19 minit selepas itu. Tindakannya menyepak bola dengan kaki kanan menyebabkan sepakan beliau tersasar.

Kegagalan City memanfaatkan peluang tersebut dihukum Everton tiga minit selepas itu. Iliman Ndiaye tenang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Stefan Ortega.

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, City terus meningkatkan tekanan ke atas kubu pertahanan pelawat.

Tuan rumah kemudiannya dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-48. Ini selepas Vitaliy Mykolenko dikesan menjatuhkan Savinho dalam kotak penalti.

Haaland kempunan menambah gol ke-14 dalam liga apabila penalti beliau berjaya diselamatkan Pickford. Meskipun beliau dapat menyudahkan percubaan susulan, gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

Guardiola kemudiannya memasukkan Kevin de Bruyne pada minit ke-75 untuk menambah kreativiti di bahagian serangan City.

Malangnya, barisan pertahanan The Toffees diketuai Jarrad Branthwaite memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan City dan Everton masing-masing kekal di tangga keenam dan ke-15 dengan 28 dan 17 mata. Sofascore memilih Savinho sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.2.

Selepas ini, The Citizens akan menentang Leicester City pada 29 Disember. The Toffees pula melayan kunjungan Nottingham Forest pada hari yang sama.