Advertising
EPL: Ipswich Town ‘Lunyai’ Dibelasah Man City
MakanBola
Ipswich Town FC

Man City mencatat kemenangan besar ke atas Ipswich Town dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Isnin.

Kedua-dua kelab turun di Portman Road dengan misi untuk kembali memperoleh 3 mata setelah hampa dalam aksi lalu apabila City terikat seri sementara Ipswich tumpas di laman sendiri.

Penjaga gawang, Ederson Moraes kembali disenaraikan oleh pengurus pasukan Man City, Pep Guardiola sementara Sam Morsy memakai lilitan kapten dan mengetuai barisan pemain Ipswich.

Ad

Jaringan pembukaan berjaya dihasilkan oleh Man City pada minit ke-27 permainan menerusi Phil Foden yang menerima umpan dari De Bruyne sebelum mengatasi Chris Walton di pintu gol.

Selang 3 minit kemudian, giliran Mateo Kovacic menambah kelebihan buat City dengan satu tendangan padu daripada luar kotak penalti yang terus menerjah ke jaring gol Ipswich Town.

Ad
Ad

Anak-anak didik Pep Guardiola ini tidak berhenti di situ malah Foden sekali lagi mencetak nama selaku penjaring gol ketiga apabila menyambar umpanan lintang daripada De Bruyne di minit ke-42.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Ipswich 0-3 Man City.

Kembali dari rehat, pintu gawang Ipswich Town dibolosi lagi dengan Jeremy Doku pula meletakkan juara bertahan itu makin selesa di hadapan 4 minit bersambung babak kedua.

Jaringan ke-5 Man City muncul pada minit ke-57 permainan tidak lain dan tidak bukan menerusi ayam tambatan pasukan, Erling Haaland yang mudah menolak bola ke dalam pintu gol.

Pemain gantian, James McAtee mengambil peluang untuk menjaringkan gol ke-6 Man City apabila menanduk cantik lambungan Kovavic pada minit ke-69 untuk menewaskan Walton.

Aksi di Portman Road berakhir dengan keputusan 6-0 buat Man City.

Saingan EPL hujung minggu hadapan menyaksikan Man City bakal melayani kunjungan Chelsea tatkala Ipswich berdepan ujian berat bertandang ke laman pendahulu liga, Liverpool.