Ads
Kapten Ipswich Town Kibar Bendera Palestine Selepas Naik Ke EPL
Eropah
Ipswich Town

Aksi kapten Ipswich Town, Sam Morsy membawa bendera Palestine ketika meraikan kejayaan pasukan undang perhatian ramai.

Advertisements

Pada aksi yang membabitkan Ipswich Town dan Huddersfield Town itu, Sam Morsy dilihat menyambut kejayaan pasukannya melayakkan diri ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengikat bendera Palestine di badannya.

Advertisements

Tindakan pemain kebangsaan Mesir itu berlaku ketika perlawanan sudah berakhir yang menyaksikan kemenangan 2-0 berpihak kepada tuan rumah hasil jaringan Wes Burns pada minit ke-27 dan pemain pinjaman Chelsea, Omari Hutchinson di babak kedua.

Advertisements
Advertisements

Morsy berjalan ke arah rakan sepasukannya yang lain dengan bendera Palestine terikat di badannya sebelum beliau disarungkan pingat dan menjulang piala sebagai tanda kejayaan pasukan melakar sejarah baharu selepas 22 tahun.

Momen tersebut sempat dirakam oleh wartawan The Athletic, Layla Hamed dan beliau memuatnaik video tersebut ke laman media sosial miliknya sebelum tular sehingga mencapai tontonan hampir semibilan ratus ribu di laman X.

Advertisements

Tindakan Morsy itu mendapat perhatian dan pujian ramai pihak kerana tetap berdiri utuh bersolidariti menyokong rakyat di negara Palestine yang sedang diancam teruk oleh tentera penjajah Zionis.

Pasukan bimbingan Kieran McKenna ini mengakhir saingan EFL Championship di tempat kedua dengan 96 mata, satu mata di belakang juara iaitu Leicester City sekaligus mengesahkan tempat dalam saingan EPL musim hadapan.

Advertisements

Satu lagi slot bakal ditentukan dalam aksi play off yang melibatkan empat pasukan yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak Inggeris seperti Leeds United, Southampton, West Bromwich Albion dan juga Norwich City

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram