EPL: Kad Merah Bantu Manchester United Benam Crystal Palace
MakanBola
MANCHESTER UNITED FC

Manchester United berhasil memperoleh tiga mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace pada Ahad.

Jaringan Ben Sesko pada minit ke-65 berjaya membantu Manchester United menundukkan Crystal Palace dengan keputusan 2-1 meskipun pasukan julukan The Eagles terlebih dahulu mendahului perlawanan.

Terdahulu, Crystal Palace mendahului menerusi jaringan Maxence Lacroix ketika babak pertama baru memasuki 4 minit pertama sekaligus menceriakan penyokong pelawat yang hadir ke Old Trafford.

Selepas itu, Maxence Lacroix dilayangkan kad merah pada minit ke 56 selepas mengasari pemain Manchester United dalam kawasan kotak penalti Crystal Palace sekali gus memberikan sepakan penalti kepada The Red Devils.

Bruno Fernandes berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut dengan penuh bergaya sekali gus menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Kedudukan tamat dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan Manchester United.

Keputusan menang 2-1 ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah Manchester United sejak berada di bawah kendalian Michael Carrick dengan catatan 6 kemenangan dan satu seri dalam 7 aksi.

Ujian seterusnya menanti Manchester United adalah bertemu Newcastle di tempat lawan pada awal pagi 5 Mac hadapan dalam aksi EPL.