EPL: Manchester United Nyaris Dimalukan West Ham
MakanBola
Premier League

Manchester United berhasil membawa pulang satu mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United pada awal pagi Rabu.

Jaringan Ben Sesko pada masa tambahan berjaya membantu Manchester United menyamakan kedudukan 1-1 ketika mana West Ham United sudah semakin hampir untuk merekodkan kemenangan.

Terdahulu, West Ham mendahului menerusi jaringan Tomas Soucek ketika babak kedua baru memasuki 5 minit pertama sekaligus menceriakan penyokong tuan rumah yang hadir ke stadium.

Keputusan seri 1-1 ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah Manchester United sejak berada di bawah kendalian Michael Carrick dengan catatan 4 kemenangan dan sekali seri dalam 5 aksi.

Ujian seterusnya menanti Manchester United adalah bertemu Everton di tempat lawan pada awal pagi 24 Februari hadapan dalam aksi EPL.