EPL: Liverpool Lepas Geram, Tumbangkan Fulham Penuh Bergaya
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Liverpool bangkit dari episod duka tersingkir di pentas Eropah dengan menewaskan Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool yang ditunjukkan jalan keluar oleh Atalanta pada Jumaat melakukan beberapa rombakan dengan nama-nama seperti Mo Salah, Dominik Szoboszlai, dan Alexis Mac Allister diletakkan di senarai bangku simpanan.

Anak-anak buah Jurgen Klopp terlebih dahulu memimpin permainan hasil tendangan percuma cantik Trent Alexander-Arnold yang gagal diselamatkan Bernd Leno di pintu gol Fulham pada minit ke-32.

Advertisements

Ketika keputusan dilihat bakal memihak Liverpool menuju rehat, Timothy Castagne menggembirakan penyokong tuan rumah dengan jaringan penyamaan pada masa kecederaan.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Lapan minit bersambung babak kedua, The Reds kembali memimpin permainan menerusi penyudah padu Ryan Gravenbech yang menerima hantaran daripada Harvey Elliot.

Advertisements

Fulham tidak patah semangat dan terus berusaha mencari jaringan penyamaan, namun begitu pelawat tetap unggul dengan gol ketiga hasil ledakan penyerang kebangsaan Portugal, Diogo Jota pada minit ke-72.

Tiada jaringan tambahan dapat dihasilkan sekaligus mengakhir perlawanan dengan kemenangan 3-1 buat Liverpool.

Keputusan ini meletakkan Liverpool di kedudukan kedua liga, berkongsi 74 mata bersama pendahulu, Arsenal sambil diekori rapat Manchester City masih belum bermain manakala Fulham kekal di tangga ke-12.

Advertisements

Aksi liga seterusnya menyaksikan Liverpool akan berdepan jiran setempat, Everton dalam Merseyside Derby di Goodison Park manakala Fulham bakal melayani kunjungan Crystal Palace di Craven Cottage minggu hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram