UEL: Impian Treble Liverpool Lebur, Disingkirkan Atalanta
Eropah
Liverpool FC
Advertisements

Hajat Liverpool memburu pencapaian treble sebagai hadiah perpisahan buat Jurgen Klopp tidak kesampaian apabila disingkirkan Atalanta dari saingan suku akhir Liga Europa awal pagi ini.

Selepas tewas mengejut 3-0 di tangan La Dea pada minggu lepas, Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol untuk mara ke separuh akhir.

Sementara tuan rumah yang dibimbing Gian Piero Gasperini pula tahu mereka hanya perlu mempertahankan kelebihan agregat untuk mara ke separuh akhir.

Advertisements

Hajat Atalanta memulakan perlawanan dengan langkah kanan tidak kesampaian apabila pelawat dianugerahkan sepakan penalti.

Ini selepas bola hantaran bek kanan England, Trent Alexander-Arnold terkena tangan Matteo Ruggeri dalam kotak penalti.

Penalti tersebut mudah disempurnakan Mohamed Salah pada minit ketujuh. Gol tersebut merupakan gol ke-24 beliau untuk The Reds dalam semua kejohanan untuk musim 2023/24.

Advertisements

Gol tersebut memberi semangat kepada pelawat untuk memburu gol tambahan. Malangnya, setiap serangan yang cuba direncanakan berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah diketuai bekas pemain Arsenal, Sead Kolasinac.

Keampuhan pertahanan Atalanta memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Klopp membuat beberapa pertukaran untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Advertisements

Antara nama yang dibawa masuk pada separuh masa kedua ialah Diogo Jota, Darwin Nunez dan Harvey Elliott.

Malangnya, barisan pertahanan La Dea diketuai Kolasinac dan penjaga gol, Juan Musso terus menyekat setiap serangan yang diatur pelawat.

Dan itu sudah cukup buat tuan rumah untuk menyingkirkan Liverpool daripada saingan Liga Europa dengan keputusan agregat 3-1 pada akhir perlawanan.

Advertisements

Meskipun tewas, Ibrahima Konte dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan Sofascore dengan markah 7.9. Beliau mengatasi cabaran Musso yang mendapat markah 7.7.

Kini, fokus The Reds ialah memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang ke-20 untuk menutup kempen musim 2023/24.

Atalanta bakal berhadapan cabaran kelab gergasi Perancis, Olympique Marseille di separuh akhir yang berlangsung pada awal pagi 3 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram