EPL: Salah Berbuka Puasa Dengan Bola, Liverpool Mudah Ratah Manchester United
EPL
Reuters
Advertisements

Liverpool mudah menewaskan Manchester United 4-0 di Anfield menerusi 2 jaringan Mo Salah dan jaringan Luis Diaz dan Sadio Mane sekaligus berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Manchester United yang turun tanpa kelibat Cristiano Ronaldo yang diberikan pelepasan selepas kehilangan bayi lelaki yang baru dilahirkan pasangannya, Georgia ternyata tempang tanpa kelibat pemenang Ballon d’Or 6 kali tersebut.

Liverpool bermula baik dengan jaringan awal Luis Diaz selepas menerima hantaran Mo Salah seawal minit ke-5.

Advertisements

Derita Manchester United bertambah 17 minit kemudian menerusi satu gerakan cantik Liverpool disudahkan cemerlang Mo Salah menewaskan Da Gea yang jelas kecewa dengan situasi semasa pasukannya.

Bersambung babak ke-2 Liverpool memperlahankan rentak permainan namun berjaya menambah jaringan menerusi tuisan Sadio Mane pada minit ke-67.

Mo Salah menambah duka Manchester United menerusi jaringan cantiknya pada minit ke-85 melengkapkan malam gemilang Liverpool dengan kemenangan bergaya 4-0 di Anfield.

Advertisements

Penguasaan bola yang tinggi oleh Liverpool melebihi 70% mengekang sebarang cubaan Manchester United untuk memperoleh sebarang jaringan dalam perlawanan ini.

Liverpool kini di tangga teratas Liga Perdana Inggeris berkelebihan 2 mata berbanding Manchester City yang bakal bertemu Brighton esok di Etihad.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram