EPL: Liverpool Perlu Penalti Ikat Newcastle United
MakanBola
Liverpool FC

Liverpool membuka aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2026-2027 dengan keputusan seri penuh dramatik bertemu Newcastle United di tempat lawan.

Minggu pertama EPL musim ini tidak bermula dengan baik buat Liverpool yang turun dengan sentuhan pengurus baharu, Andoni Iraola apabila nyaris tewas kepada Newcastle United sebelum gol di lewat aksi memberikan satu mata.

Nama-nama terkenal membarisi kesebelasan utama Liverpool seperti Virgil van Dijk, Alisson Becker dan Alexander Isak sementara duo pemain tengah muda, Lewis Miley (20 tahun) serta Sean Steur (18 tahun) jadi taruhan kem Newcaslte United.

Suasana di stadium menjadi meriah seawal minit ke-5 apabila satu serangan balas pantas dilancarkan oleh tuan rumah hingga menghasilkan gol pertama perlawanan menerusi Anthony Elanga untuk Newcastle United mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, Liverpool tidak menunggu lama untuk kembali mengikat kedudukan 1-1 menerusi rembatan jarak jauh Cody Gakpo yang terus menerjah ke jaring tanpa sempat diselamatkan oleh penjaga gol pada minit ke-50.

Gol penyamaan itu tidak bertahan lama apabila Newcastle United kembali di hadapan selang dua minit kemudian hasil percubaan cantik oleh pemain gantian, Joe Willock yang berjaya menewaskan Alisson Becker untuk kali yang kedua.

Liverpool akhirnya berjaya menyamakan kedudukan buat kali kedua apabila dihadiahkan tendangan penalti di masa kecederaan dan tugas itu disudahkan dengan sempurna oleh Dominik Szoboszlai bagi kedua-dua pasukan terikat seri.

Aksi di St James Park berakhir dengan keputusan seri 2-2.