Ads
EPL: Man United Dibelasah Crystal Palace Tanpa Belas Kasihan
EPL
Manchester United

Man United mengalami kekalahan ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24 apabila dibelasah Crystal Palace 4-0.

Advertisements

United perlu menang hari ini untuk memintas kembali Chelsea di tangga ketujuh. Walau bagaimanapun, mereka perlu melakukannya tanpa Harry Maguire yang terpaksa berehat selama tiga minggu kerana kecederaan.

Advertisements

Sementara Crystal Palace pula ingin mengekalkan rekod tanpa kalah yang dimulakan sejak mereka menewaskan Liverpool 1-0 pada 14 April lalu.

Advertisements
Advertisements

The Eagles yang beraksi di Selhurst Park mula memberi tekanan kepada United menerusi formasi kegemaran bos mereka, Oliver Glasner iaitu 3-4-3.

Formasi tersebut memberi tekanan kepada barisan pertahanan The Red Devils yang dikawal kapten, Casemiro dan bek tengah veteran, Jonny Evans.

Advertisements

Palace mendahului pada minit ke-12 menerusi penyerang Perancis Bawah 21 Tahun (B-21), Michael Olise. Olise berjaya melepasi kawalan Casemiro sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan Andre Onana.

United menyangka telah menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah Brazil itu pada minit ke-26. Malangnya, gol tersebut dibatalkan selepas Rasmus Hojlund dikesan menghalang penjaga gol tuan rumah, Dean Henderson.

Casemiro sekali lagi menjadi punca gawang United dibolosi pada minit ke-40. Jean-Philippe Mateta merampas bola daripada beliau sebelum melepaskan rembatan tepat ke penjuru atas gawang pelawat.

The Eagles terus memberi tekanan kepada The Red Devils tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, United menyangka dapat merapatkan jurang menerusi Casemiro pada minit ke-51. Malangnya, gol beliau dibatalkan kerana kesalahan ofsaid.

The Red Devils makin menderita apabila bek sayap kiri, Tyrick Mitchell menyempurnakan hantaran Joachim Andersen untuk gol ketiga Palace pada minit ke-58.

Olise melengkapkan malam cemerlang tuan rumah dengan menyumbat gol keempat pada minit ke-67. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sofascore memilih Olise sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.7, 0.5 mata di hadapan rakan sepasukan, Chris Richards.

Keputusan hari ini menyaksikan United dibolosi sebanyak 81 kali dalam semua kejohanan – rekod terburuk sejak musim 1976/77. Dan pasukan itu kini berpotensi tidak beraksi di Eropah sekiranya menamatkan musim di tangga kelapan.

Advertisements

Selepas ini, The Red Devils bakal berhadapan pendahulu liga, Arsenal di Old Trafford pada 12 Mei. Manakala The Eagles pula bertandang ke Molineux untuk berhadapan dengan tuan rumah, Wolverhampton Wanderers pada 11 Mei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram