EPL
Arsenal
Advertisements

Arsenal meneruskan rentak cemerlang dalam saingan liga apabila berjaya menewaskan juara bertahan, Manchester City 1-0 di laman sendiri.

Advertisements

Mikel Arteta menurunkan skuad terbaik beliau dengan David Raya selaku penjaga gol dalam perlawanan ini manakala City turun tanpa bintang tengah, Rodri yang digantung perlawanan.

Aksi sengit menghiasi perlawanan ini dengan kedua-dua pasukan cuba mencari gol awal.

Advertisements

Insiden Mateo Kovacic mengundang kontroversi apabila kekasaran berbahaya beliau ke atas Odeegard menyebabkan Kovacic hanya dilayangkan kad kuning.

Kedua-dua pasukan memberi pegangan bola yang seimbang namun Arsenal lebih banyak kali mengancam kubu pertahanan City dengan merekodkan 12 percubaan berbanding City sebanyak 4 percubaan.

Advertisements

Gabriel Martinelli muncul hero Arsenal apabila menjaringkan gol pada minit ke-86 hasil hantaran Kai Havertz.

Tamat perlawanan, Arsenal berjaya meraih 3 mata berharga hasil jaringan tunggal Martinelli dan kini Arsenal kekal rekod tanpa kalah dalam 8 perlawanan.

Manchester City pula kini telah kalah 2 kali berturut-turut dalam saingan liga dan jatuh ke tangga ketiga liga dibelakang Tottenham dan Arsenal.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram