Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menyifatkan sikap positif dan kesungguhan Daniesh Amirruddin untuk terus memperbaiki diri sebagai antara perkara yang membuatkan pemain muda itu mendapat perhatian dalam pasukan utama Harimau Selatan.
Malah, Xisco tidak menyembunyikan rasa gembiranya melihat kemampuan Daniesh memberikan impak apabila diturunkan dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA Malaysia menentang DPMM FC.
Menurut Xisco, pemain-pemain muda yang diberikan peluang bersama pasukan utama sentiasa menunjukkan kesediaan untuk beraksi apabila diperlukan. Baginya, Daniesh merupakan contoh pemain muda yang mempunyai sikap profesional, rajin bekerja dan sentiasa mahu belajar bagi meningkatkan kualiti permainannya.
“Saya suka dia kerana dia bekerja keras setiap hari, mendengar arahan, sentiasa cuba memperbaiki diri dan mempunyai personaliti yang bagus,” jelas Xisco kepada MFL ketika mengulas mengenai perkembangan Daniesh.
Dalam perlawanan separuh akhir kedua tersebut, Daniesh dimasukkan pada minit ke-67 bagi menggantikan Hidalgo yang telah bekerja keras sepanjang 67 minit permainan. Walaupun masuk sebagai pemain gantian, kehadirannya tetap memberikan sumbangan apabila berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol kelima JDT menerusi sepakan penalti.
Xisco turut melihat Daniesh mempunyai potensi untuk memberikan lebih banyak sumbangan di bahagian serangan. Malah, selain berjaya menghasilkan jaringan, pemain berusia 20 tahun itu turut mempunyai dua peluang untuk menambah koleksi golnya dalam perlawanan berkenaan.
“Dia mampu menjaringkan gol dan dia mempunyai dua peluang lagi tadi untuk menghasilkan jaringan. Jadi, inilah seorang lagi pemain muda yang hadir untuk bersama JDT. JDT berada di tahap yang besar dan ini sesuatu yang bagus untuk semua pihak,” jelasnya.
Kemenangan besar 6-1 ke atas DPMM menyaksikan JDT mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala FA Malaysia dengan agregat 8-1. Di sebalik kejayaan tersebut, peluang yang diberikan kepada pemain muda seperti Daniesh turut menjadi perkembangan positif buat kelab yang sentiasa mahu melahirkan pemain berkualiti untuk bersaing di peringkat tertinggi.
Di belakang dua kelab tersebut, Kuala Lumpur City FC menjadi penyumbang ketiga terbesar dengan dua pemain iaitu Paulo Josue dan Syafiq Ahmad, bersamaan 8.70%. Manakala Selangor FC, Star City FC, Sabah FC, Cerezo Osaka FC, Ratchaburi FC, Ross County FC dan PAC Omonia 29M masing-masing mempunyai seorang wakil dengan peratusan 4.35%.
Harimau Malaya bakal berdepan cabaran pertama apabila dijadualkan menentang China pada 14 November 2026, jam 8.00 malam waktu Malaysia. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong. China yang kini menduduki tangga ke-96 dunia dalam ranking FIFA pastinya menjadi ujian besar buat Malaysia yang berada di kedudukan ke-133 dunia. Perbezaan 37 anak tangga itu menjadikan pertemuan ini medan penting untuk mengukur kemampuan sebenar skuad negara apabila berhadapan pasukan yang mempunyai ranking lebih baik.

