EPL: Manchester United Bantai Tottenham, Jaringan ‘Impossible’ Ronaldo Hiasi Kemenangan United
EPL
Manchester United
Advertisements

Manchester United yang tertekan dengan deretan kekalahan dan keputusan tidak konsisten sebelum ini menarik nafas lega setelah berjaya memcatatkan kemenangan bergaya setelah berjaya menewaskan Tonttenham 0-3 di London.

Cristiano Ronaldo menjadi watak penting buat pasukan syaitan merah berkenaan menerusi satu jaringan cantik dan satu bantuan gol.

Tottenham Hotspur hampir memperoleh jaringan pertama pada minit ke-27 namun jaringan Romero menerusi satu gerakan sepakan sudut dibatalkan kerana offside.

Advertisements

Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol ‘impossible’ pada minit ke-39 selepas menerima hantaran Bruno Fernandes sekaligus memberikan kelebihan buat Manchester United pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Tottenham memperkemaskan serangannya namun menemui jalan buntu melepasi pertahanan United yang sedikit ampuh dalam perlawanan ini.

Manchester United menambah derita pasukan tuan rumah menerusi jaringan Edinson Cavani pada minit ke-64 selepas menerima lorongan cantik Cristiano Ronaldo, terima kasih kepada Bruno Fernandes yang berjaya merampas bola semasa Tonttenham sedang mengawal keadaan di bahagian tengah.

Advertisements

Manchester United yang semakin berkeyakinan tinggi meneruskan penguasaan bola dan sesekali melancarkan serangan.

Marcus Rashford yang masuk menggantikan Cristiano Ronaldo menambah derita pasukan London berkenaan menerusi jaringan cantik menewaskan Hugo Lloris pada minit ke-86.

Perlawanan tamat dengan Tottenham Hotspur tewas 0-3 kepada pasukan pelawat, Manchester United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram