Advertising
EPL: Manchester United Dimalukan Crystal Palace
MakanBola
Manchester United

Manchester United gagal meneruskan rekod tanpa kalah mereka kepada empat perlawanan apabila tewas kepada Crystal Palace di Old Trafford.

The Red Devils mahu meneruskan rentak kemenangan kepada empat perlawanan selepas menewaskan FCSB dalam saingan Liga Europa UEFA (UEL). Palace pula mahu bangkit selepas tewas 2-1 kepada Brentford.

Kobbie Mainoo dipilih Ruben Amorim untuk mengetuai jentera serangan United. Daichi Kamada pula dipilih menggantikan Eberichi Eze dalam kesebelasan utama The Eagles.

Ad

Sebelum perlawanan bermula, The Red Devils turut memperkenalkan dua pemain baru mereka iaitu Patrick Dorgu dan Ayden Heaven. Dorgu tiba dari Lecce dengan Heaven pula bekas graduan akademi Arsenal.

Separuh masa pertama menyaksikan United hampir berada di hadapan menerusi Mainoo pada minit ketujuh.

Ad
Ad

Meskipun rembatannya berjaya menewaskan bekas graduan United, Dean Henderson, pemain berusia 19 tahun itu hampa kerana percubaannya terkena tiang.

Ad

Tiga minit selepas itu, Palace pula hampir menggegar gawang tuan rumah menerusi Daniel Munoz. Malangnya, percubaan bek sayap kanan itu tersasar.

Kedua-dua pasukan berusaha memecah kebuntuan tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung selepas rehat, United terus memberi tekanan ke atas kubu pertahanan pelawat.

Kapten The Red Devils, Bruno Fernandes hampir memecah kebuntuan pada minit ke-51. Malangnya, percubaan pemain perancang Portugal itu dinafikan Henderson.

Palace akhirnya meraih gol pendahuluan menerusi Jean-Philippe Mateta 13 minit selepas itu. Tandukan Maxence Lacroix terkena palang tetapi lantunan bola pantas disempurnakan Mateta menewaskan Andre Onana.

Tersentak, Amorim memasukkan Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee untuk menambah sengat di bahagian serangan.

The Red Devils kemudiannya mendapat tamparan hebat apabila Lisandro Martinez terpaksa diusung keluar akibat kecederaan lutut yang teruk. Susulan itu, Amorim memasukkan Mathijs de Ligt pada minit ke-82.

Mateta menambah derita tuan rumah dengan gol ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada minit ke-89. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan The Eagles memintas United di tangga ke-12 dengan 30 mata. Mateta dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 8.5.

Selepas ini, kedua-dua pasukan mengalihkan fokus kepada saingan The Emirates FA Cup. United akan menentang Leicester City pada 8 Februari dengan Palace menentang Doncaster Rovers pada 11 Februari.