Manchester United terpaksa akur mengalami kekalahan di tangan Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Khamis.
Kemenangan 2-1 ini dicatatkan oleh Newcastle United yang beraksi dengan 10 pemain sementara Manchester United pula tewas buat kali pertama di bawah bimbingan Michael Carrick.
Perlawanan tampak seimbang di sepanjang tempoh 40 minit pertama sebelum pemain Newcastle United, Jordan Ramsay dilayangkan kad kuning kedua akibat simulasi di dalam kotak penalti.
Walaupun bermain dengan 10 pemain, tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tendangan penalti Anthony Gordon pada masa tambahan babak yang pertama.
Kelebihan tersebut tidak bertahan lama apabila Manchester United kembali menyamakan kedudukan 1-1 hasil tandukan Casemiro untuk babak pertama berakhir dengan keputusan seri.
Gol kemenangan Newcastle United diperoleh hasil rembatan cantik pemain gantian, William Osula pada minit ke-90 yang menewaskan Harry Maguire dan Senne Lemmena di gawang pelawat.
Aksi berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Newcastle United sementara ini merupakan kekalahan sulung untuk Manchester United dalam 8 perlawanan bersama Michael Carrick.