Newcastle United memastikan Tottenham Hotspur terus kempunan meraih kemenangan apabila menewaskan pasukan itu dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris.
Spurs terdesak memburu kemenangan selepas gagal melakukannya dalam tiga perlawanan. Ini termasuk kekalahan 6-3 di tangan pendahulu liga, Liverpool.
The Toon Army pula mahu meneruskan kecemerlangan selepas merekodkan lima kemenangan berturut-turut. Ini termasuk kemenangan ke atas Manchester United pada 31 Disember lalu.
Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou memberi peluang kepada penjaga gol ketiga, Brandon Austin membuat penampilan pertama. Pengendali Newcastle, Eddie Howe memilih Alexander Isak sebagai peledak utama pasukan itu.
Separuh masa pertama menyaksikan penyokong Spurs ceria apabila Dominic Solanke membuka tirai jaringan seawal minit keempat.
Bekas penyerang Bournemouth itu menanduk hantaran bek kanan Sepanyol, Pedro Porro yang menewaskan penjaga gol pelawat, Martin Dubravka.
Keceriaan kem tuan rumah hanya bertahan selama dua minit. Pemain sayap England, Anthony Gordon menyempurnakan hantaran Bruno Guimaraes yang menewaskan Austin.
Gawang Tottenham dibolosi buat kali kedua pada minit ke-38. Isak bijak membuat tolakan mudah bola melepasi Austin meskipun cuba dicabar bek tengah Romania, Radu Dragusin.
Spurs berusaha mencari gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.
Bersambung selepas rehat, Postecoglou membuat satu pertukaran pemain dengan memasukkan Sergio Reguillon sebagai pengganti Dragusin.
Spurs hampir meraih gol penyamaan menerusi Pape Malang Sarr pada minit ke-56. Malangnya, Dubravka berjaya menafikan percubaan beliau dan percubaan susulan pemain sayap Wales, Brennan Johnson.
Postecoglou kemudiannya memasukkan Son Heung-min, James Maddison dan Yves Bissouma dengan harapan dapat mengubah momentum Tottenham.
Walau bagaimanapun, kesungguhan barisan pertahanan Newcastle diketuai Dan Burn memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka. Ini kekalahan ke-10 Spurs dalam liga musim ini.
Keputusan ini menyaksikan The Toon Army berkongsi 35 mata dengan Chelsea. The Blues berada di tangga keempat kerana memiliki kelebihan jaringan.
Tottenham pula kini di tangga ke-11 dengan 24 mata, sembilan mata di hadapan Ipswich yang menduduki tangga ke-18 liga.
Sofascore memilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Beliau menerima markah 7.7 0.1 mata di depan Guimaraes.
Selepas ini, kedua-dua pasukan mengalihkan fokus kepada aksi separuh akhir Carabao Cup. Tottenham bakal menentang Liverpool dengan Newcastle pula berentap dengan Arsenal.