Advertising
EPL: Liverpool Kenduri Gol Atasi Tottenham Hotspur
EPL
MakanBola
Liverpool FC

Aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada minggu ini menyaksikan Liverpool membelasah Tottenham Hotspur di gelanggang lawan.

Setelah cemerlang menyingkirkan Manchester United dalam saingan EFL Cup pada Jumaat, Tottenham bakal menanti kunjungan pendahulu liga, Liverpool yang tidak tewas dalam 20 aksi terakhir.

Kesebelasan utama Tottenham dibarisi nama-nama seperti Son Heung-min dan James Maddison manakala gandingan Luis Diaz dan Mo Salah menjadi taruhan Liverpool merobek gawang lawan.

Ad

Aksi tampak seimbang di awal permainan sebelum Luis Diaz meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-23 menerusi tandukan bebas yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Fraser Forster.

Belum sempat Tottenham bangkit, Liverpool menggandakan kelebihan dengan gol kedua pada minit ke-36 hasil tandukan jarak dekat oleh Alexis Mac Allister bagi pelawat kekal selesa mendahului.

Ad
Ad

Perancang tengah, James Maddison kembali merapatkan kedudukan buat Spurs lima minit kemudian setelah kelalaian barisan pemain Liverpool dihukum untuk jaringan pertama tuan rumah.

Ad

Sebelum rehat, pelawat sempat meledak gol ketiga menerusi Dominik Szoboszlai yang tenang menyudahkan hantaran dari Mo Salah sebelum menolak bola menewaskan Forster untuk kali ketiga.

Separuh masa pertama tamat, Tottenham Hotspurs 1-3 Liverpool.

Di babak kedua, Mo Salah tidak melepaskan peluang untuk muncul sebagai penjaring apabila menjaringkan 2 jaringan dalam tempoh 7 minit untuk pastikan Liverpool selesa di hadapan 5-1.

Anak didik Ange Postecoglou cuba bangkit di pertengahan aksi menerusi gol oleh Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke masing-masing pada minit ke-72 dan 83 bagi menghidupkan peluang tuan rumah.

Jaringan Luis Diaz pada minit ke-86 menutup malam penuh gemilang buat Liverpool dan memastikan tiga mata menjadi milik pasukan bimbingan Arne Slot untuk kukuhkan tempat di takhta liga.

Aksi tamat dengan keputusan 6-3 memihak Liverpool.

Pada perlawanan seterusnya, Tottenham bakal berkunjung ke laman Nottingham Forest sementara Liverpool akan menanti kehadiran pendatang baharu liga, Leicester City di Anfield.