Advertisement
EFL: 7 Gol Hiasi Pertemuan Tottenham & Manchester United
EFL
MakanBola
Manchester United

Tottenham mara ke separuh akhir Piala EFL selepas berjaya menewaskan Manchester United 4-3 dalam satu aksi suku akhir penuh dramatik di London.

Dominic Solanke membuka jaringan seawal minit ke-15 selepas kesilapan daripada penjaga gol simpanan United, Altay Bayindir. Pedro Porro mengambil percubaan dari jarak jauh di luar kawasan penalti dan Bayindir tidak bertindak balas dengan baik, hanya mampu menepis bola dan kembali kepada Solanke sekaligus memanfaatkannya dengan mudah untuk gol pembukaan.

Separuh masa pertama tamat dengan tuan rumah mendahului 1-0. Bersambung babak ke-2, Tottenham berjaya memperoleh jaringan ke-2 50 saat selepas sepak mula menerusi jaringan Dejan Kulusevski.

8 minit kemudian, Dominic Solanke menambah derita kem Amorim dengan jaringan ke-3 Tottenham.

Manchester United berjaya merapatkan jurang menerusi 2 jaringan oleh Zirkee dan Amad pada minit ke-63 dan minit ke-70 namun Tottenham kembali menjarakkan kedudukan pada minit ke-88 menerusi sepakan sudut Son Heung-min yang terus menerjah jaring.

Manchester United walaubagaimanapun berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Jonny Evans pada masa tambahan menjadikan kedudukan 4-3.

Disebalik usaha keras United untuk menyamakan kedudukan, perlawanan tamat dengan keputusan memihak tuan rumah dengan Tottenham mara ke separuh akhir.

Kesebelasan Utama Tottenham & Manchester United

Tottenham (4-2-3-1): 20. Fraser Forster (GK) — 23. Pedro Porro, 6. Radu Dragusin, 14. Archie Gray, 24. Djed Spence — 29. Pape Sarr, 8. Yves Bissouma — 21. Dejan Kulusevski, 10. James Maddison (Bergvall, 79′), 7. Heung-Min Son — 19. Dominic Solanke.

Manchester United (3-4-3): 1. Altay Bayindir (GK) — 6. Lisandro Martinez, 2. Victor Lindelof (Evans, 45′), 15. Lenny Yoro — 3. Noussair Mazraoui, 14. Christian Eriksen (Mainoo, 56′), 25. Manuel Ugarte (Garnacho, 72′), 20. Diogo Dalot — 21. Antony (Diallo, 56′), 9. Rasmus Hojlund (Zirkzee, 56′), 8. Bruno Fernandes.