EPL: Penalti Jalan Terakhir Man City Tewaskan Luton Town
EPL
Luton Town
Advertisements

Man City mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan psukan Luton Town hari ini.

Babak separuh masa pertama bermula dengan jaringan pembukaan seawal minit kedua permainan. Pertahanan Luton Town, Daiki Hashioka tertampan masuk bola ke gawang sendiri.

Rembatan daripada penyeramg Man City, Erling Haaland telah terkena kepala Daiki Hashioka sekaligus memberikan gol buat Man City. Separuh masa pertama tamat, Man City 1-0 Luton Town.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua permainan, anak buah kendalian Pep Guardiola terus menerus melancarkan serangan mencari gol tambahan.

Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan pemain tengah Man City, Mateo Kovacic. Hantaran daripada Julian Alvarez telah disempurnakan Kovacic dengan satu rembatan deras sekaligus menewaskan penjaga gawang Luton Town, Thomas Kaminski.

Erling Haaland turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-76 permainan. Sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil mudah disempurnakan Erling Haaland.

Advertisements

Pemain tengah Luton Town, Rose Barkley berjaya menghadiahkan jaringan saguhati. Barkley melepaskan satu rembatan kencang menerjah jaring menewaskan penjaga gol Man City, Ederson.

Sebelum perlawanan tamat, Jeremy Doku dan Josko Gvardioal menambah derita buat Luton Town untuk jaringan keempat dan kelima buat Man City.

Aksi tamat, Man City 5-1 Luton Town.

Advertisements

Man City terus ungguli carta Liga Perdana Inggeris ketika ini dengan 73 mata mendahului 2 mata didepan Arsenal (71) mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram