Erfan Gym & Fitness Miliki Kedai Emas Namun Lokasinya ‘Rahsia’

Kelantan Erfan 1 Erfan Gym & Fitness Miliki Kedai Emas Namun Lokasinya 'Rahsia'
TRW & Erfan Gym
Nik Faris @nikfalovic
10:26am 11/07/2023

Salah seorang entiti perniagaan yang mahu mengambil alih Kelantan FC, Erfan Gym & Fitness membuat satu lagi pendedahan apabila memaklumkan bahawa mereka memiliki kedai emas yang tidak dimaklumkan lokasinya.

Entiti ini bersama-sama Dato’Seri Vida merupakan dua usahawan terkemuka yang menyatakan hasrat untuk mengambil alih The Red Warriors.

Erfan Gym & Fitness secara umumnya dikenali kerana memiliki pusat kecergasan di Kelantan namun menerusi makluman pengurusnya, mereka juga menjalankan beberapa perniagaan lain termasuklah mengeksport air tenaga.

Terbaru, menerusi perkongsian Erfan Gym, pengurusnya memaklumkan bahawa entiti tersebut memiliki pernigaan emas dengan klip tersebut menunjukkan beliau berada di salah sebuah kedai emas milikinya.

Individy yang sebelum ini memaklumkan bahawa Erfan Gym memiliki lombong emas adalah sebagai satu kesilapan fakta yang dibuat olehnya.

Beliau bagaimanapun enggan berkongsi lokasi kedai tersebut dan meminta agar peminat mencari lokasi kedai itu.

“Kat mana kedai emas kami? Anda kan hebat, carilah sendiri,” ujarnya dalam video tersebut.

Sebelum ini, terdapat perkongsian yang tular mengenai SSM entiti ini yang didedahkan oleh seorang individu menunjukkan ia sudah tamat tempoh sekaligus menyebabkan kredibiliti mereka mula diragui.

Pemilik Kelantan FC, Zamsaham secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk menjual kelab tersebut dengan harga RM10 juta namun pembelinya perlulah mengemukakan ‘proof of fund’.