Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kemampuan sebenar ‘bakal’ pemilik baharu Kelantan FC, Erfan Gym & Fitness mula dipersoal tatkala mereka menunjukkan minat yang serius untuk mengambil alih kelab tersebut.

Menerusi satu kenyataan terbaru oleh pengurusnya, usaha yang juga menjalankan perniagaan perlombongan emas itu akui tidak gentar untuk bersaing dengan individu-individu lain yang turut berminat membeli Kelantan FC.

Beliau juga perlu bersaing dengan seorsng lagi jutawan tersohor Malaysia, Dato’ Seri Vida yang juga berminat mengambil alih The Red Warriors.

Advertisements

Kedudukan kewangan Irfan Gym & Fitness kini mula menjadi tanda tanya selepas perkongsian yang tular mengenai SSM syarikat tersebut yang dikatakan sudah tamat tempoh.

Individu yang dikenali sebagai Aliff Ahmad ini mencadangkan agar pihak Irfan Gym & Fitness tampil untuk mengemukakan ‘proof of fund’ seperti yang diminta oleh Zamsaham.

Advertisements

“Ada orang tawarkan nak beli RM10juta. InshaAllah saya akan jual pada Saudara Erfan, beliau hanya berikan proof of fund untuk buktikan beliau benar-benar serius,” tulis Zamsaham dalam status Facebook beliau.

538FB93A 7010 40C5 98C0 A609D907F340 SSM Erfan Gym & Fitness Sudah Tamat Tempoh

Sebelum ini, mereka juga ada menyatakan bahawa usahawan ini menjalankan beberapa bentuk perniagaan termasuklah pelombongan emas dan aktiviti mengeksport air ke luar negara.

Advertisements

Perkhabaran ini sudah tentu kurang senang untuk didengari penyokong setia pasukan yang mahu melihat kebangkitan pasukan mereka seperti dahulu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram