Erik ten Hag Digantung
EPL
MakanBola
Manchester United
Advertisements

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tidak dapat berada di tepi padang menjelang aksi EPL membabitkan United dan Everton pada awal pagi 27 November ini.

Ini selepas beliau perlu menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning ketiga pada Sabtu lalu.

Advertisements

Ten Hag dilayangkan kad kuning oleh pengadil selepas mempertikai keputusan balingan ke dalam yang memihak kepada Luton Town berbanding United.

Penggantungan ini sedikit sebanyak mencalarkan kemenangan berharga 1-0 The Red Devils ke atas The Hatters. Victor Lindelof muncul wira dengan meledakkan gol pada minit ke-59.

Advertisements

“Pada satu ketika, anda perlu menerima keputusan di mana saya patut melakukannya,” katanya seperti dilaporkan oleh The Independent.

Advertisements

Pengurus Belanda itu percaya barisan jurulatih United yang ada termasuk dua penolong jurulatih, Mitchell van der Gaag dan Steve McClaren mampu mengendali perlawanan itu nanti.

“Kita ada staf kejurulatihan yang cekap dan mereka akan mengambil alih (untuk perlawanan hari itu),” tambahnya.

Advertisements

United ketika ini berada di tangga keenam liga dengan 21 mata daripada 12 perlawanan.

News Comments Account