Erling Haaland Tergelak ‘Jahat’ Apabila Dikaitkan ke Chelsea
Eropah
TIMM SCHAMBERGER/EPA-EFE/Shutterstock
Advertisements

Chelsea ketika ini dilaporkan berminat membawa masuk penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland untuk memperbaiki jentera serangan mereka. Musim lalu, Timo Werner gagal beraksi sebagaimana beliau berada di RB Leipzig.

Namun sumber daripada Sky Sports mengesahkan Erling Haaland masih gembira berada di Dortmund dan masih setia dengan kontrak yang berbaki tiga tahun lagi. Ini menyukarkan lagi proses perpindahan apabila Dortmund meletakkan tag harga £150m buat pemain berusia 21 tahun itu.

Haaland merupakan pemain paling sesuai dan menepati kehendak pengurus Chelsea, Thomas Tuchel namun situasi sukar ini memaksa Chelsea untuk menukar fokus mereka terhadap pemain lain.

Advertisements

Chelsea kini cuba membawa masuk pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde yang berusia 22 tahun daripada Perancis. Jules Kounde musim lalu menjadi pemain utama bagi benteng pertahanan Sevilla malah Kounde turut dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan sewaktu EURO 2020.

Sevilla menetapkan harga €70m buat pemain tersebut malah beberapa kelab seperti Tottenham, Manchester United & Manchester City turut menunjukkan minat mereka menurut laporan 90min.

Chelsea berada di landasan yang tepat ketika ini dan dilaporkan sudah mencapai persetujuan individu. Chelsea dan Sevilla kini dalam perbincangan untuk mencapai persetujuan dimana pemain Kurt Zouma bakal menjadi pemain pertukaran.

Advertisements

Chelsea setakat ini mempunyai pemain seperti Kurt Zouma, Andreas Christensen, Antonio Rudiger, Ethan Ampadu, Malang Sarr, Matt Miazga dan Thiago Silva dibahagian pertahanan tengah. Kemasukan Jules Kounde akan menambah baik barisan pertahanan mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram