Eropah
Advertisements

Pertemuan Sepanyol dan Itali pastinya menarik perhatian ramai apabila pengendali Sepanyol, Jose Enrique mengambil keputusan untuk tidak meletakkan seorang penyerang tulen pun dalam kesebelasan utama walaupun mempunyai Alvaro Morata dan Gerard Moreno.

Permainan dimulakan dengan penguasaan sepenuhnya oleh Sepanyol dan Itali menerapkan tekanan tinggi pada 5 minit pertama. Hantaran pendek oleh Sepanyol cuba dipintas secepat mungkin. Namun, tekanan itu semakin berkurangan pada 15 minit selepas itu dan Itali mengubah strategi dengan hanya menunggu untuk melakukan serangan balas.

Disiplin bertahan Itali harus dipuji kerana banyak mengekang asakan Sepanyol di segenap sudut. Peluang terbaik Sepanyol hadir pada minit ke-25. Hantaran yang cuba dilakukan Oyarzabal membias dan Olmo membuat susulan namun rembatannya yang lemah mudah ditepis oleh Donnarumma di gawang gol Itali.

Advertisements

Itali banyak melakukan serangan menggunakan Emerson di bahagian kiri yang kerap membuat ‘overlap’, namun masih buntu buat Itali. Boleh disimpulkan 40 minit yang pertama, tiada langsung percubaan dari Itali untuk menguji Unai Simon di gawang Sepanyol.

Ketika separuh masa pertama hampir tamat. Satu larian dari Insigne di bahagian kiri memerangkap pertahanan Sepanyol dan menghantar bola kepada Emerson namun rembatan Emerson hanya menggegar palang gol.

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan terikat tanpa jaringan

Advertisements

Bersambung separuh masa kedua. Itali banyak melakukan tekanan tinggi bagi mendapatkan bola. Itali kelihatan mencari ruang untuk membuat serangan balas pantas.

Pada minit ke-53, hasil serangan balas, Itali hampir mendapatkan gol pendahuluan apabila Chiesa mendapat ruang di sebelah kanan namun rembatannya mudah diselamatkan Unai Simon.

Itali akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-60 apabila Donnarumma mematahkan hantaran lintang dari Jordi Alba dan terus menghantar bola ke depan. Verratti yang menerima bola di bahagian kiri pantas mencari Immobile. Laporte melakukan hadangan namun bola jatuh di kaki Federico Chiesa yang merembat lencong menewaskan Unai Simon. Itali mendahului 1-0.

Advertisements

Chiesa Goal Euro 2020 : Itali 'Berpeluh' Ke Final
Gol oleh Federico Chiesa

Tersentak dengan gol itu, Sepanyol pantas memasukkan Morata bagi menggantikan Ferran Torres yang tampak tenggelam sepanjang perlawanan.

Sepanyol terus menerus melakukan asakan demi asakan untuk mencari gol penyamaan. Hasilnya pada minit ke-80, permainan satu dua Dani Olmo dan Alvaro Morata berjaya menghasilkan jaringan apabila Morata mudah menewaskan Donnarumma bagi mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Gol penyamaan oleh Alvaro Morata

Separuh masa kedua tamat dengan kedudukan terikat 1-1 dan permainan dilanjutkan ke masa tambahan. Permainan banyak tertumpu di kawasan tengah di mana Sepanyol kerap menguasai bola.

Advertisements

Namun kedua-dua pasukan kelihatan tumpul di bahagian serangan yang memaksa perlawanan dilanjutkan lagi kepada penentuan sepakan penalti.

Sepanyol agak kurang bernasib baik apabila penalti Dani Olmo melambung tinggi dan penalti Morata diselamatkan Donnarumma. Manakala penalti pertama Itali oleh Locatelli diselamatkan Unai Simon namun selepas itu, kesemua penalti pasukan Itali berjaya menerjah jaring. Jorginho yang mengambil sepakan penalti terakhir berjaya membawa Itali ke perlawanan akhir selepas mudah memperdaya Unai Simon.

Itali memenangi perlawanan dan perlu menunggu lawan mereka diantara England ataupun Denmark yang akan turun beraksi esok dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Rangkuman oleh Youtube Stadium Astro
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram