Euro 2024: Jerman Beri RM2 Juta Kepada Setiap Pemain Jika Muncul Juara
Eropah
MakanBola
DFB Team
Advertisements

Ganjaran sebanyak RM2 juta menanti setiap pemain sekiranya Jerman berjaya memenangi kejohanan Euro 2024 yang bakal bermula pada awal pagi Sabtu.

Jerman yang merupakan tuan rumah kejohanan ini telah diundi di dalam kumpulan A bersama tiga lagi negara iaitu Scotland, Hungary dan Switzerland yang tampil cemerlang di edisi lalu apabila mengejutkan Perancis di pusingan 16 terakhir.

Advertisements

Menurut laporan media di Jerman, setiap pemain bakal dihadiahkan ‘durian runtuh’ mengikut tahap pencapaian Die Mannschaft dalam kempen Euro 2024 di tanah air mereka kali ini.

Inisiatif ini merupakan bonus yang sama turut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) Andreas Rettig ketika dua kejohanan yang lalu dan telah dipersetujui oleh para pemain.

Advertisements

“Berbanding dengan Kejohanan Eropah 2021 dan Piala Dunia 2022, bonus prestasi berkaitan kejohanan tidak akan berubah. Kami bersetuju dengan ini tahun lepas dengan majlis pemain,” kata Rettig menurut laporan Beinsports.

Sekiranya Jerman mencapai kemenangan di peringkat kumpulan, ganjaran 50,000 euro (RM252,165.78) akan menanti mereka, selain mara ke suku akhir akan diberikan 100,000 euro (RM504,289.31).

Advertisements

Kejayaan mara ke peringkat separuh akhir, DFB akan menghadiahkan bonus sebanyak 150,000 euro (RM756,412.84) kepada 26 pemain yang berada di dalam skuad Jerman.

Jika mereka tewas di final sekaligus meraih naib juara, setiap pemain akan menerima 250,000 euro (RM1,260,711.55) dan jika mereka menjuarai Euro 2024, mereka akan menerima 400,000 euro yang bersamaan RM2,016,853.90.

Advertisements

Jerman bakal turun dalam aksi pembuka tirai Euro 2024 berdepan Scotland di Allianz Arena, Munich pada awal pagi Sabtu dengan sepak mula dijadualkan pada jam tiga pagi waktu tempatan.

Advertisements

News Comments Account