Evan Dimas: Lawan Malaysia Tidak Perlu Banyak Bicara, Kita Sendiri Tahu Apa Ertinya
Dunia
PSSI
Advertisements

Dalam satu video yang dikongsikan Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) di platform Youtube kelmarin, pemain tengah Indonesia, Evan Dimas telah melaungkan kata-kata semangat buat rakan sepasukannya ketika di dalam bilik persalinan pasukan.

Kata-kata yang dilaungkan Evan itu pastinya bertujuan untuk membangkitkan semangat antara satu sama lain. Apa yang menariknya adalah intipati dan laras bahasa yang dilontarkan Evan ketika perlawanan bertemu Malaysia tempoh hari.

Menurut Evan, bertemu dengan pasukan Harimau Malaya tidak perlu banyak kata. Sebaliknya semua pemain pasti sudah tahu peranan masing-masing dan tekad mereka yang sangat besar untuk menundukkan musuh tradisi mereka itu.

“Pasti kalian juga merasakan yang sama, pasti kita merasakan hal yang sama. Melawan Malaysia kita tidak perlu banyak bicara, tapi kita tahu sendiri apa artinya pertandingan melawan Malaysia.”

Advertisements

Evan turut menyatakan bahawa perlawanan bertemu Malaysia adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu. Pasukan Indonesia tidak boleh tewas dan tambah Evan, pertembungan itu adalah penting untuk menjaga maruah Indonesia.

“Ini pertandingan yang ditunggu-tunggu. Intinya kita tidak boleh kalah, kalau kita kalah, pertandingan kelmarin tidak ada gunanya. Hey, harga diri [Indonesia], hey!” laung pemain Bhayangkara FC itu.

Dalam perlawanan tersebut, Indonesia berjaya mencatat kemenangan besar, 4-1 keatas Malaysia. Pasukan Garuda sekaligus dinobatkan sebagai juara kumpulan B bagi kempen Piala AFF Suzuki kali ini. Timnas Indonesia akan meneruskan cabaran, menentang pasukan Singapura di peringkat separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram