Advertisements
FA Cup: Chelsea Lupa Cara Tewaskan Aston Villa
Eropah
MakanBola
Chelsea FC

Chelsea gagal menewaskan cabaran Aston Villa di Stadium Stamford Bridge dalam pusingan ke-4 Piala FA apabila sekadar meraih seri.

Aston Villa turun dengan semangat besar setelah memiliki rekod cemerlang apabila menang dua perlawanan terakhir menentang Chelsea. Skuad kendalian Mauricio Pochettino pula baru sahaja membelasah Middlesbrough untuk mara ke perlawanan akhir Piala Carabao baru-baru ini.

Pasukan kendalian Unai Emery meraih gol pertama pada minit ke-14 permainan menerusi Moussa Diaby namun VAR membatalkan gol tersebut setelah bola terkena tangan pemain Aston Villa dalam binaan gol tersebut.

Aston villa mempunyai beberapa peluang terbaik pada babak pertama namun mereka gagal menterjemahkannya kepada jaringan.

Memasuki babak kedua, Chelsea meningkatkan arus serangan dan turut berpeluang meraih gol dalam beberapa percubaan namun gagal.

Kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi penyudah mereka sedikit tumpul.

Chelsea melakukan 10 percubaan dengan 4 percubaan tepat terhasil manakala Aston Villa melakukan 13 percubaan dengan 5 percubaan tepat.

The Blues tampil lebih baik dalam memegang bola alabila merekodkan 58% penguasaan bola namun itu tidak cukup untuk membantu Chelsea menewaskan Aston Villa.

Tamat perlawanan, Chelsea terikat seri tanpa jaringan menentang Aston Villa dan kini kedua-dua pasukan akan turun sekali lagi dalam perlawanan ulangan.