Chelsea Bakal Rugi RM190 Juta Akibat Pemecatan Jose Mourinho
Eropah
AS Roma
Advertisements

Chelsea dilaporkan bakal rugi sebanyak RM190 juta bersamaan dengan £37 juta akibat tindakan AS Roma memecat Jose Mourinho.

Perkara tersebut disebabkan perjanjian perpindahan secara pinjaman Romelu Lukaku dari Chelsea ke AS Roma pada Ogos tahun lalu yang mempunyai klausa pembelian tetap sebanyak RM190 juta.

Pemergian Jose Mourinho dari kota Roma menyaksikan masa hadapan Romelu Lukaku masih samar untuk musim seterusnya memandangkan Roma kini dibawah kendalian pengurus baharu, Daniele De Rossi dan status kewangan kelab tersebut juga tidak stabil.

Advertisements

Menurut Sport Bible, AS Roma bersedia mengaktifkan klause perpindahan tetap Romelu Lukaku untuk musim seterusnya namun dengan nafas baharu yang dibawa De Rossi, pengurus tersebut mungkin akan melakukan rombakan pasukan mengikut acuannya sendiri.

Jika klausa perpindahan tersebut terbatal, Lukaku bakal kembali ke Stamford Bridge dan merugikan Chelsea sebanyak RM190 juta setelah pemain itu bergelut untuk menyerlah bersama Chelsea.

Romelu Lukaku kini mengharungi musim yang memberangsangkan di Itali setelah menjaringkan 14 gol dan mencetak 2 bantuan jaringan dalam 25 penampilan bersama Roma musim ini.

Advertisements

Jose Mourinho membawa masuk Lukaku untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan setelah berjaya memenangi Piala Konferens Europa pada musim sebelumnya.

Namun untuk musim ini Roma hanya berbelanja kecil dengan membawa masuk Leandro Paredes, Romelu Lukaku, Renato Sanches, Evan Ndicka, Houssem Aouar dan Sardar Azmoun secara pinjaman dan secara percuma. Hanya Leandro Paredes berpindah secara tetap.

Malah Roma turut melepaskan pemain seperti Roger Ibanez, Justin Kluivert, Nemanja Matic, Carles Perez serta beberapa pemain lagi untuk menjana pendapatan sebanyak RM380 juta.

Advertisements

AS Roma dibawah Jose Mourinho kemudian bergelut dalam saingan Serie A apabila berada ditangga ke-9 liga dan mengumpul 29 mata setelah meraih 8 kemenangan, 5 seri dan 7 kekalahan dalam 20 aksi liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram