Terkini: Jose Mourinho Tinggalkan AS Roma
Serie A
AS Roma
Advertisements

Saingan Serie A Itali dikejutkan dengan berita pengurus Portugal, Jose Mourinho telah meninggalkan kelab AS Roma.

Pengumuman ini dibuat oleh pemilik kelab, Dan dan Ryan Friedkin menerusi satu kenyataan media di laman sesawang rasmi mereka hari ini.

Selain Mourinho, beberapa staf kejurulatihan Giallorossi juga disahkan meninggalkan kelab itu bersama beliau.

Advertisements

Semakan pada senarai staf kejurulatihan Roma di Transfermarkt mendapati nama pembantu jurulatih, Salvatore Foti dan jurulatih penjaga gol, Nuno Santos tidak kelihatan.

Ini menunjukkan kedua-duanya turut memilih mengikut bekas pengurus Manchester United itu meninggalkan Stadio Olimpico.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jose (Mourinho) bagi seluruh pihak di AS Roma atas semangat dan usahanya sejak tiba di kelab ini.

Advertisements

“Kami akan sentiasa memiliki memori hebat tentang tempohnya bersama Roma tetapi kami percaya perubahan drastik perlu dibuat demi menjaga kepentingan kelab.

“Kami mengucapkan Jose dan para pembantu beliau selamat berjaya untuk usaha mereka pada masa hadapan,” kata mereka hari ini.

Selepas tiba di Roma pada 2021, Mourinho membimbing kelab yang berpangkalan di Rome, Itali itu menjulang kejuaraan Europa Conference League pada musim 2021-2022.

Advertisements

Bagaimanapun, prestasi tidak menentu Giallorossi dalam Serie A musim ini menyaksikan kelab itu berada di tangga kesembilan liga – lima mata di belakang Fiorentina yang menduduki slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Selain itu, maruah Roma juga tercalar apabila disingkirkan musuh setempat, Lazio dalam saingan Coppa Italia baru-baru ini.

Sehingga artikel ini ditulis, kelab belum mengumumkan siapa yang bakal menggalas peranan sebagai jurulatih interim Giallorossi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram