Kelab gergasi Itali, Juventus mengumumkan kerjasama dengan syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, Petronas.
Kerjasama itu dijalin menerusi kolaborasi dengan anak syarikat Petronas, Petronas Lubricants International (PLI). Berita ini dikongsikan portal Calcio e Finanza.
Kerjasama ini menyaksikan PLI menaja kotak korporat di Stadium Juventus yang dipanggil Petronas Lubricants International Skybox.
Kotak korporat ini dilihat berbeza kerana memberi pengalaman pemandangan 360 darjah sekitar stadium sepanjang perlawanan.
Ini memberi pengalaman baharu dan menakjubkan buat penyokong yang menggunakan Petronas Lubricants International Skybox ketika perlawanan Juventus berlangsung.
PLI dan Juventus percaya menerusi kolaborasi ini, ini akan menghasilkan kerjasama bersifat menang-menang bukan saja buat kedua-dua entiti.
Malah, ini secara tidak langsung meningkatkan lagi keinginan penyokong La Vecchia Signora mengenali Petronas dan Malaysia amnya.