Skuad Harimau Malaya mengalu-alukan kehadiran Facundo Garcés ke dalam pasukan kebangsaan Malaysia
Skuad Kebangsaan Malaysia pada Isnin telah mengumumkan bahawa pertahanan tengah, Facundo Garcés, secara rasmi menyertai pasukan senior Harimau Malaya bermula serta-merta.
Bek berusia 25 tahun ini bakal membawa kualiti, pengalaman dan kepimpinan tinggi kepada pasukan ketika Malaysia yang terus mengukuh pasukan dan menjadi skuad yang diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Garcés, yang pernah bermain di liga tertinggi Argentina dan baru sahaja menamatkan musim bersama Deportivo Alavés di La Liga telah melengkapkan segala keperluan pendaftaran dan kelayakan.
“Facundo merupakan seorang pemain yang berperwatakan hebat, pertahanan yang tenang serta memiliki personaliti dan pengalaman Tinggi.”
“Beliau sangat bersemangat untuk wakili Malaysia dan banggakan negaranya,” ujar Peter Cklamovski tentang Garces
Garcés turut meluahkan keterujaan untuk mewakili Harimau Malaya yang dianggap bagai suatu penghormatan dan tidak sabar untuk merasai sokongan hebat ‘ekor’ Harimau Malaya.
“Menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan ini adalah satu penghormatan yang luar biasa.”
Sejak tiba, saya telah merasai kehangatan, semangat kekeluargaan, dan sokongan yang ikhlas dari semua.”
“Jika ini baru permulaan, saya tidak dapat bayangkan betapa hebatnya bila seluruh negara dan penyokong berdiri teguh bersama kami.”
Saya bersedia memberikan segala-galanya demi Malaysia.”
Facundo Garcés telah menyertai kem latihan pasukan dalam jendela FIFA semasa dan akan layak untuk dipilih dalam perlawanan Kelayakan Piala AFC menentang Vietnam yang akan datang.