Fadhli Shas Mahu Pimpin Melaka United Jadi Pencabar Liga Super
Dunia
melakautdfc_official
Advertisements

Pertahanan baharu Melaka United, Fadhli Shas tekad untuk membantu pasukan Melaka United sekurang-kurangnya di kedudukan ketiga terbaik dalam Liga Super.

Bekas pemain JDT ini berpendapat terdapat pelbagai aspek yang perlu dipertingkatkan lagi bukan sahaja untuk dirinya malah kepada barisan pemain yang lain juga.

“Sasaran saya saya nak bantu melaka untuk dapat keputusan terbaik dan sasaran musim ini adalah untuk capai Top 3 Liga Super.”

Advertisements

“Banyak lagi kerja rumah yang perlu dilakukan termasuk barisan pemain yang lain. Beri tumpuan dapat latihan, mustahil akan berjaya.”

Selepas 8 tahun bersama JDT, pemain berusia 31 tahun ini menganggap untuk sertai JDT seseorang pemain itu perlu kuat dari segi mental dan fizikal.

Pemain kelahiran Lumut ini menyeru kepada seluruh peminat Melaka United untuk sentiasa memberi sokongan dalam perjuangan skuad Sang Kancil musim ini.

Advertisements

“JDT kena kuat dari segi fizikal dan mental. Sesiapa yang mental tidak kuat, mana-mana footballer pun akan susah nak pergi jauh,” jelas Fadhli kepada MFL.

“Teruskan beri sokong kepada Melaka United, InsyaAllah sebagai pemain kami akan beri yang terbaik untuk naikkan nama Melaka United.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram