Fahmi Fadzil Diumum Selaku Penaung Baharu KL City FC
Liga Super
@fahmi_fadzil
Advertisements

Selepas menunjukkan kemajuan memberangsangkan di atas padang, KL City FC mahu memastikan pembangunan di luar padang tidak ketinggalan. Justeru, City Boys hari ini mengumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebagai penaung terbaru pasukan berkenaan.

Beliau mengikut jejak langkah dua bekas menteri yang pernah menjadi penaung KL City FC. Mereka ialah Tan Sri Annuar Musa (2021) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (2022) dengan kedua-duanya menjadi penaung di bawah kapasiti Menteri Wilayah Persekutuan.

City Boys menyifatkan perlantikan Fahmi mampu membawa mereka ke hadapan dan memberi impak positif sebagai penaung.

Advertisements

“KL City FC teruja untuk mengumumkan perlantikan penaung baru kami – YBM Fahmi Fadzil! Kami mengucapkan tahniah kerana mengambil peranan ini dan tidak sabar melihat impak positif yang akan dibawanya pada kelab kami.

“Sebagai penyokong yang setia bersama pasukan dan juga salah seorang daripada Ahli Parlimen Kuala Lumpur, kami yakin beliau akan membawa kepakaran dan maklumat berharga ke dalam organisasi kami.

“Kami amat seronok untuk bekerja dengan penaung baru kami dengan kami berusaha untuk cemerlang di dalam dan luar padang!” kata kelab dalam satu kenyataan rasmi di Facebook.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram